Perkiraan Sebenar Gaji Baru Selepas Naik 1 Gred - Bajet 2016!

Perkiraan Gaji Baru Selepas Naik 1 Gred. Berita baik buat semua penjawat awam. Susulan kepada pengumuman yang dibuat oleh Pak Jib dalam Belanjawan Malaysia 2016, tahun hadapan semua penjawat awam akan menerima dua kenaikan gaji dan salah satunya ada kenaikan 1 gred gaji. Cuma ianya agak mengelirukan apabila kerajaan mengumumkan gaji penjawat awam naik 1 gred. Sebagai pemahaman kepada semua. Pengiraan naik 1 gred gaji adalah seperti di bawah.

Kenaikan Gaji Tahunan Bulan Januari

Kenaikan berkuatkuasa 1 Julai. Maknanya bagi yang KGT (Kenaikan Gaji Tahunan) Januari, akan naik Januari dan Julai. Berdasarkan kepada GRED GAJI BARU penjawat awam.

Kenaikan Gaji Tahunan Bulan April

Bagi yang KGT April, akan naik April dan Julai.

Kenaikan Gaji Tahunan Bulan Julai

Bagi yang KGT Julai, akan naik kiraan 2x KGT pada Julai.

Kenaikan Gaji Tahunan Bulan Oktober

Bagi yang KGT Oktober akan naik sekali pada Julai dan sekali lagi seperti tahun sebelumnya pada Oktober.

Sebagai contoh bagi jawatan DH41:

Pergerakan Kenaikan Gaji Tahunan Bulan April

Kenaikan Gaji Tahunan adalah sebanyak RM225.00 akan diterima pada Bulan April dan sekali lagi Kenaikan 1 Gred Gaji pada bulan Julai RM225.00

Maknanya pada tahun 2015, penjawat awam akan menerima dua kali kenaikan gaji seperti yang telah dibentangkan oleh Pak Jib pada Belanjawan/ Bajet 2015 baru-baru ini.


0 Komentar untuk "Perkiraan Sebenar Gaji Baru Selepas Naik 1 Gred - Bajet 2016!"

Peringatan Ikhlas

Sebarang komen adalah amat dialu-alukan. Namun begitu, sebarang komen berbentuk sifat perkauman, spam dan pautan ke laman web lucah serta perniagaan yang hanya menguntungkan sebelah pihak akan dipadam dengan serta merta. Perlu diingatkan komen anda adalah tanggungjawab anda.

Back To Top