Sekadar gambar hiasan
Rabi’a Frank, seorang wanita Belanda yang berumur 31 tahun telah memeluk Islam pada tahun 1994. Nama asalnya ialah Rebecca.
Beliau
telah berkahwin dengan seorang lelaki Muslim yang berasal dari Morocco
tetapi dibesarkan di Belanda. Mereka dikurniakan 3 orang anak lelaki.
Pada
tahun 2005 Rabi’a mula memakai Niqab yang menutupi muka. Beliau
merupakan salah seorang daripada 50 wanita di Belanda yang berbuat
demikian (mengikut anggaran komuniti Muslim Belanda).
Seramai
hampir 1 milion Muslim menetap di Belanda. Mereka membentuk 5.4 peratus
populasi masyarakat Belanda, negara Eropah kedua tertinggi yang
mempunyai penduduk Muslim selepas Perancis.
Peramah dan sungguh bersemangat, itulah yang dapat digambarkan tentang Rabi’a apabila ditemuramah oleh Reuters di rumahnya.
“Saya
tertarik dengan Islam sewaktu muda… apabila anda muda tiada apa yang
pelik, semua kita nak kenal dan cuba . Teman lelaki saya berbangsa
Morocco . Pada mulanya saya hanya nak mendalami budaya dan adat resam
dia. Saya merujuk buku-buku tentang Morocco di perpustakaan dan dari
situ saya terbaca tentang Islam. Saya baca senyap-senyap sebab tak nak
teman lelaki saya fikir yang saya buat semua tu kerana dia.
“Pertama
kali saya baca Quran ialah Quran dalam terjemahan bahasa Belanda dan ia
terus menyentuh hati dan perasaan saya. Saya rasa tenang bila bacanya,
rasa bagus, saya boleh kaitkan diri dengannya dan boleh memahaminya. Ia
benar-benar menyentuh perasaan saya.”
“Saya
dapat tahu tentang sebuah pusat Islam di Hague dan saya ke sana setiap
minggu. Kemudian suatu hari imam tanya saya samada saya mahu ikut
rakan-rakan lain yang mahu mengucap kalimah Shahadah. Saya telan air
liur..Cepatnya, ‘saya terfikir’. Saya rasa banyak lagi yang perlu saya
belajar tapi akhirnya saya bersetuju”.
“Saya
ingat, pada hari mengucap kalimah Shahadah, saya memakai hijab yang
buruk, saya ambil sahaja mana yang ada dalam almari. Selepas mengucap
saya tak berhenti menangis. Ia merupakan saat yang sungguh bermakna bagi
saya.
Apabila
ibu mendengar tentang peristiwa saya memeluk Islam dia bergegas ke
bilik saya sambil menjerit dan menangis: “ Kenapa awak buat begitu, apa
yang awak fikirkan? Memang keadaan pada waktu itu sangat teruk. Saya
berkata dalam hati: “Disebabkan reaksi yang beginilah saya tak mahu
beritahu ibu.”
“Memakai
hijab merupakan satu pembebasan bagi saya. Setiap hari saya terpaksa
lalu di hadapan bangunan yang sedang dibina dan pekerja-pekerja di situ
akan mengusik saya. Tetapi pada pagi saya memakai hijab saya melalui
kawasan itu mereka tidak mengusik saya seperti sebelumnya.
“Pada
waktu itu saya rasa sungguh gembira, sambil memikirkan, ‘Akhirnya,
inilah diriku yang sebenar’. Walaubagaimanpun ada sebahagian daripada
diri saya yang ingin sekali menyatakan “Hei, tengok, Aku masih gadis
yang sama di sebalik hijab ini.”
“Saya
mengambil masa bertahun-tahun untuk belajar mengikat hijab. Sewaktu
saya baru memeluk Islam saya mengikut cara wanita-wanita tua Turki dan
Morocco berpakaian. Say pakai kot panjang yang biasa—dan ugh—itu memang
bukan diri saya yang sebenar. Saya rasa tak terjamin lebih-lebih lagi
bila orang berkata, ‘Tengok tu, orang Turki bermata biru!’. Saya tak
tahu macam mana nak berpakaian.
“Saya
tak ramai kawan Muslim. Keluarga suami saya fikir yang saya ni tak
sebagus mereka sebab saya bukan orang Morocco . Ia mengambil masa
bertahun-tahun untuk buktikan diri saya pada mereka dan sekarang saya
rasa sayalah yang paling mengambil berat tentang mempraktikkan Islam
dalam keluarga kami.
“Saya
pun tak boleh ingat bila saya mula tertarik untuk pakai Niqab. Tetapi
yang pastinya, waktu saya mula peluk Islam, saya memang dah jatuh cinta
dengan keindahan Islam. Ia macam span, segala-galanya Islam, Islam,
Islam. Selepas beberapa tahun perasaan itu berkurangan tapi saya masih
nak lagi, nak buat sesuatu yang lebih besar untuk Allah. Bila tengok
wanita pakai Niqab, sesuatu dalam diri saya tersentuh. Saya bagi tahu
suami saya yang saya nak pakai Niqab juga. “Awak dah hilang akal ke?”
dia tanya saya. Suami saya tak suka perubahan itu tapi perasan saya
untuk pakai Niqab masih kuat.
“Memakai
Niqab bukan kerana malu dengan kewanitaan atau kerana ditindas. Ia
hanya cara untuk membuktikan kasih sayang pada Tuhan”
“Salahlah
siapa yang kata dengan memakai Niqab, saya bukan sebahagian dari
masyarakat. Bila anda berjalan atau pergi membeli belah, berapa banyak
kali anda berhubung dan bersembang dengan orang lain walau tak pakai
Niqab?. Bukannya kamu cakap dengan semua orang yang kamu jumpa. Pernah
seorang wanita cakap dengan saya “Saya tak boleh nak bersembang dengan
kamu sebab Niqab kamu tu,” tapi saya fikir, “sebelum ni pun pernah ke
kita bersembang?”
“Saya
pernah melawak yang saya simpan pistol dan bom di sebalik Niqab saya.
Itu masa saya masih suka melawan dan menjawab balik bila orang suka
memberi komen tentang saya. Sebahagaian dari sebabnya ialah kerana
mereka tidak melihat kita sebagai manusia biasa. Jadi bila kita jawab
balik mereka akan terkejut. Saya rasa saya kena cuba didik orang yang
tidak faham ni.”
“Ada
orang yang fikir bahawa orang yang peluk Islam ni sekadar mencari
apa-apa agama sahaja. Kalau betullah anggapan itu saya akan pilih agama
yang lebih senang untuk dianuti dan dipraktik. Islam agama yang indah
dan cantik tapi ia tak sentiasa mudah. Kita kena banyak berlawan dengan
diri sendiri.”
Tag :
Pengajaran
0 Komentar untuk "Pengalaman Seorang Wanita Mula Memeluk Islam!"
Peringatan Ikhlas
Sebarang komen adalah amat dialu-alukan. Namun begitu, sebarang komen berbentuk sifat perkauman, spam dan pautan ke laman web lucah serta perniagaan yang hanya menguntungkan sebelah pihak akan dipadam dengan serta merta. Perlu diingatkan komen anda adalah tanggungjawab anda.