Salam Jumaat kepada Muslimin dan Muslimat semua..
Mana yang rasa dia tu LELAKI..jangan pula korang
tak rasa bersalah atau rasa tak berdosa pula tak pegi Solat Jumaat jap tadi
yer..Sila sentap yer pada mereka yang terasa..
Berbalik kepada persoalan di atas..Sebagai manusia
kita sudah pastinya tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan. Cuba kita
muhasabah diri kita yer..saat kita bangun tidur pagi tadi..ada tak kita ucap
Alhamdulillah? Ke masa mak kejut (Keadaannya macam ni)
Mak: Jeinab,
Oooi Jenab ooi..tak nak bangun ke? Ni dah “subuh gajah” dah ni..kang terlepas
pula..dah solat tu jangan pula tido semula nanti rezeki “mahal” pastu g keje..
(Apa yang kita jawab?)
Jeinab:
Ala mak ni kaco la, Jeinab nak tido pun tak buleh.
(Tak do pun ucap Alhamdulillah, Allah SWT bagi
peluang untuk aku hidup sehari lagi di dunia ini untuk memperbetulkan apa yang
telak ku perbuatkan semalam)..kan bagus kalau ada doa dan ucap syukur macam
tu..
ITU Mukadimah jer yer…
Kalau kita nak menghargai seseorang lihatlah akan
SUMBANGAN yang dia berikan dan bukannya melihat kepada:-
Betapa
hensemnya dia/ cantiknya dia
Pantang tengok lelaki (staf) hensem/ awek (staf) hensem
terus dia hargai..hargai macam mana tak tahulah..
Keje “ngulor”
Ni memang sikap orang melayu yang suka sangat
ngulor time keje..dah perkataan ngulor tu pun orang melayu yang cipta, yang
kejenya ngulor pun orang kita jugalah..satu kawasan kampus kalau boleh dia nak
tawaf 18 kali..
Sarapan ke
Masak kat kedai makan?
Ni lagi satu penyakit manusia..kalau pegi makan/
sarapan tak pernah dalam 30 minit..mengalahkan waktu peniaga tu berniaga
lagi..orang tu berniaga 2 Jam je (sebab jualan cepat habis)..dia duk situ dari
kedai tu dibuka sampailah nak tutup..mak aih..macam ni ke pekerja yang kita nak
bagi Anugerah (Penghargaan)..kadang-kadang orang beranggapan “Ko ni pegi
sarapan ke, ko ganti Mak Cik Temah (peniaga bukan nama sebenar) tu masak?
Seniority
Sebab ko tua dah nak pengsan (tak nak guna
perkataan mati kang tak pasal-pasal…)..sebab ko dah tua, veteran, pekerja
paling lama kat sini ko memang patut diberikan anugerah ke? Dah kalau
ketiga-tiga kriteria di atas ko buat perlu ke diberi penghargaan? Sesuathooooo
sangat..
Tepuk dada tanya selera..kalau anda rasa diri anda
jujur dan ikhlas bak Romeo and Juliet (tak do kono ngono) sila jujur yer…
Tag :
Sentap
0 Komentar untuk "Perlu Ke Kita Hargai Manusia Macam Ni?"
Peringatan Ikhlas
Sebarang komen adalah amat dialu-alukan. Namun begitu, sebarang komen berbentuk sifat perkauman, spam dan pautan ke laman web lucah serta perniagaan yang hanya menguntungkan sebelah pihak akan dipadam dengan serta merta. Perlu diingatkan komen anda adalah tanggungjawab anda.